Halaman

Sabtu, 08 Februari 2020

4 SEBAB DIMURAHKAN REZEKI


SOALAN :

Bolihkah ustaz terangkan amalan-amalan yang perlu kita lakukan supaya dimurahkan rezeki?

JAWAPAN :

Antara amalan yang menyebabkan dimurahkan olih Allah kepada kita akan rezeki ialah :

1. Taqwa

Maksudnya ialah melazimkan diri sentiasa takut akan Allah Taala.

Firman Allah :

وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا • وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. Surah : at-Talaq (2-3)

2. Menghubung silaturahim

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya :

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآله وسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : Barang siapa yang suka diluaskan akan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubung siltarurahim.” Hadith Imam Bukhari.

3. Banyakkan Istighfar

Firman Allah :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا • يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا • وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Artinya : “Kata ku banyakkanlah istighfar olih kamu semua akan Tuhanmu sungguhnya Dia sangat pengampun. Dia pasti akan menurunkan hujan yang banyak dan membanyakkan harta kamu dan anak pinak dan mengadakan bagi kamu akan kebun-kebun dan air yang banyak.” (An-Nuh : 10 - 12)

4. Banyakkan berdoa

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. bahawa seorang hamba datang mengadu kepadanya tentang kesempitan mencari harta untuk menebus dirinya lalu berkata Ali :

Aku akan ajarmu beberapa perkataan yang telah mengajarnya akan daku olih Rasulullah saw yang andainya kamu mempunyai hutang sebesar bukit sekalipun nescaya Allah akan melepaskannya daripadamu. Bacalah doa ini :

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Artinya : “Ya Allah cukupkanlah diriku ini dengan rezeki-Mu yang halal dari yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurnia-Mu dari orang selain-Mu.” Hadith Imam Tirmizi.

wallahua'lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

sumber : Islam itu indah via pinterest

0 komentar:

Posting Komentar



free counters